KISAH DAKU DAN BIDANGKU

 KISAH DAKU DAN BIDANGKU.

Sebelum itu izinkan Maya perkenalkan diri terutama yang masih belum mengenali diri Maya.Nama diberi Rohayati Binti Abdul Halim.Lebih mesra dipanggil Maya ,Maya tahun ni  berusia  40 tahun.Mempunyai 3 orang cahaya mata.

 Sulong berumur 15 tahun kedua 12 dan seorang lagi berumur 3 tahun.

Maya bukan sesiapa hanya seorang wanita yang ingin ada kerjaya sendiri seperti wanita lain diluar sana.

Dan Alhamdulillah !

Syukurrr Allah SWT masih panjangkan umur dan diberi peluang mencuba bidang yang Maya suka sangat, iaitu bidang kecantikkan Luar dan Dalam  (BEAUTICIAN) 

Kisah Maya bersama Team BEAUTICIAN THE WALKING BEAUTY sejak 2018 lagi.Waktu tu umur dalam lingkungan 35 tahun.Banyak pengalaman yang Maya dapat dan ilmu semasa tempoh belajar Spa dan Wellness  Healty  Supplement, boleh katakan setiap minggu ada kelas Dari Nutrisionist

Sejak tahun 2018 Maya ambil kursus dalam bidang BEAUTICIAN dan bermulalah Dari situ Maya ada bisnes sendiri .Home spa dan juga Supplement kesihatan. Selepas berkerja sekian lama dengan syarikat ternama  iaitu FOCUS POINT hampir 11 tahun Maya makan gaji dengan syarikat tersebut.


Dulu masa Maya berkerja setiap pagi sebelum ke tempat kerja ,Maya akan hantar anak anak ke Taska setiap hari sampailah habis waktu kerja, dalam pukul 11.00 malam baru sampai rumah. Dalam seminggu tu hanya satu hari Maya spend time untuk anak anak.

Sedihkan orang lain ada anak boleh ada masa dengan anak-anak.Maya hanya satu hari sahaja.

Setiap kali waktu ambil anak-anak di Taska ,sungguh sedih hati bila tengok anak-anak tergolek atas toto dan dialah antara yang paling lambat balik .Memang sebak .

Anak SULONG masa tu dalam 9 tahun,dialah orang yang paling tak suka Maya ambik dia lambat ,MENCUKA muka.Semuanya kerana terpaksa, Terpaksa  tinggalkan mereka berdikari sendiri kerana itulah antara dua benda penting antara kerjaya dan keluarga.

Maya manusia biasa yang ada keinginan nak tengok anak-anak membesar depan mata ,boleh menyediakan menu sihat untuk  keluarga dan dalam masa yang sama bina kerjaya sendiri.

But Now Allah dengar rintihan hati Maya.

Maya dah capai apa yang Maya nak.

Sesorang ibu dan seorang BEAUTICIAN

Bila dah ada family benda yang paling Maya nak ialah work-life balance.Tiga benda ni ibadah senang nak buat ,kerjaya yang boleh tengok anak-anak depan Mata dan boleh menguruskan keluar sambil berkerja .

Okey ini sajalah perkongsian Maya nanti kita jumpa lagiii 💓

INILAH MAYA TAHUN 2018 











INI PULA TAHUN 2022 











PADA TAHUN  2022 

Maya dilantik sebagai seorang trainner dalam team BEAUTY ON THE GO ,sekarang Maya dah ada 5 CAWANGAN SPA.

ALHAMDULLILAH.


SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI KURSUS SPA

WHATAPP http://www.wasap.my/+60182436154Nak 

FOLLOW INSTAGRAM https://instagram.com/maya_wellness_spa?igshid=YmMyMTA2M2Y=

FACEBOOK https://www.facebook.com/mayaabdul.halim.7?mibextid=ZbWKwL

Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI SHAKLEE

WANITA BUAT DUIT DENGAN SPA ( BOTG )

PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR